Cara Penggunaan

July 14, 2017 Fa Zahirah 0 Comments





Bedtime Balm
Sesuai digunakan sebagai Pre-Massage sebelum tidur. Sapukan Bedtime Balm Auroma Scents pada betis, tapak kaki, dahi (temple) dan belakang badan anak anda supaya mereka dapat tidur yang nyenyak & lena. Untuk anak yang Tantrum atau hyper, sapukan disekitar bahu & dahi (temple head). Membantu juga sebagai stress relief dan melegakan sengal-sengal bahu,tengkuk akibat stress.



Chesty Chest Rub
Vapour rub dengan bau yang menenangkan ini membantu melegakan ketidak-selesaan akibat batuk dan selsema dan meredakan simtom-simtom demam. Menggunakan pati minyak tulen dari Lavender, Lemon dan Peppermint ini membantu memudahkan pernafasan dan melegakan kesesakkan nafas. Ambil sedikit, sapu & urut di dada,belakang badan & tapak kaki anak anda selsepas mandi / sebelum tidur



Wobbles Time Balm
Anak sembelit? Cuba gerakkan kaki bayi anda (seperti cycling) ini akan membantu mengerakkan najis didalam ususnya. Jika dia makan makanan pejal, kurangkan pengambilan penyebab sembelit dan kerapkan minum air masak.
Sapukan Balm Happy Tummy urut arah jam untuk masalah sembelit/kembung..manakala lawan jam untuk cirit birit & sakit perut.





Bliss Balm
Skin Soothe membantu memberi kelembapan kepada kulit kering & merekah. Membantu mengurangkan kegatalan dan keradangan kulit seperti ruam lampin, ruam panas, ekzema dan membantu melembutkan kulit kering seperti di tumit,bibir dan siku.

Sapu nipis pada permukaan kulit 2x sehari bila perlu.





Itch No More balm
Digunakan sebagai "mosquito repellent". Sapu pada kulit terdedah seperti lengan, kaki sebelum melakukan aktiviti luar. Membantu mengurangkan kegatalan & bengkak akibat gigitan nyamuk & serangga.







Body Guard Balm
Anak kerap demam? Kerap selsema & batuk? Sapukan Bodyguard rub pada tapak kaki setiap hari selepas mandi & sebelum tidur. Gunakan konsisten ya! (Setiap hari) Bodyguard rub ialah Immune Booster yang bantu badan kuat dan terhindar dari penyakit seperti Demam,selsema,Influenza dan sebagainya





Lullabies Baby Balm
Sesuai digunakan untuk massage si kecil anda selepas mandi atau sebelum tidur. Diblend khas untuk new born baby, ibu hamil & ibu menyusu. Bau yang tenang membantu bayi anda lebih calm, tidur lebih lena dan mengurangkan kembung perut dan ruam-ruam.



0 comments: